Sayang (lagu Dayang Nurfaizah & Marcell)
Sayang (lagu Dayang Nurfaizah & Marcell)

Sayang (lagu Dayang Nurfaizah & Marcell)

Sayang merupakan sebuah lagu berentak R&B dengan sentuhan jazz nyanyian dua penyanyi R&B tersohor Nusantara iaitu Marcell Siahaan (Indonesia) dan Dayang Nurfaizah (Malaysia). Ia dicipta oleh Omar K dan lirik tulisan Nuur Iman dan diterbitkan oleh Replay Music (Syed Zain Almohdzar). Lagu ini merupakan single khas yang diterbitkan usahasama di antara Dayang dan Alibi Music di mana ia kemudian dimuatkan dalam album solo ketujuh Dayang berjudul Sayang & Cahaya. Ini merupakan kerjasama pertama Dayang dan Marcell dalam rakaman lagu biarpun sudah kerapkali bergandingan dalam banyak persembahan sebelum ini. Marcell dan Dayang sudah lama saling mengagumi sejak mula berkenalan pada tahun 2003. Hasilnya, lagu ini popular di corong-corong radio dan dicalonkan di Anugerah Planet Muzik 2011 untuk kategori Kolaborasi Terbaik.

Sayang (lagu Dayang Nurfaizah & Marcell)

Dikeluarkan pada 10 Mac 2010
Format CD, Airplay
Panjang -
Penulis Omar K & Nuur Iman
Penerbit Syed Zain Almohdzar, Omar K, TC Meng, Amri Mohammad
Genre R&B, Jazz
Syarikat Alibi Music, Reply Music & DNAD